Wednesday, January 26, 2011

PENGUMUMAN PENTING : SEMINAR PRA-AKADEMI FASILITATOR 29.01.2011

Salam, warga GTS. Pada hari Khamis, 27hb Januari 2011 ini, akhbar Sinar Harian akan menyiarkan iklan SEMINAR PRA-AKADEMI FASILITATOR TAHAP 1 SESI 1 di ruang Iklaneka. Bagi siapa2 yang berminat mengikuti seminar ini, ataupun berminat menjadi fasilitator GTS, bolehlah mendaftar dengan borang yang terdapat di sini. Kami menyediakan promosi sempena program sulung tahun ini: Bagi yang mendaftar bertiga, yuran yang anda perlu bayar hanyalah RM130. Bagi yang mendaftar berempat, yuran adalah RM170. Dan, bagi mereka yang mendaftar bersama 4 orang kawan, yuran hanyalah RM200 sahaja!! Bagi para peserta yang sudah mendaftar, promosi ini masih dibuka untuk anda juga. Borang pendaftaran kami boleh anda download dari album kami, mahupun dari blog kami. Bagi yang mendaftar pada hari seminar, diharap anda bolehlah SMS kami nama dan no. KP anda dan rakan2 yang ikut serta(jika ada) bagi memudahkan pihak kami untuk memastikan tempat untuk anda. Terima kasih.

1 comment:

  1. Salam, bagi SEMINAR PRA-AKADEMI FASILITATOR TAHAP 1 SESI 2 pada 13hb Februari 2011 tidak akan menggunakan harga promosi. Oleh itu, sesiapa yang mahukan yuran promosi hendaklah mendaftar untuk Sesi 1 pada 29hb Januari.

    ReplyDelete