Wednesday, December 23, 2009

Pengumuman

Kepada semua warga GTS, nantikan pelancaran website GTS pada awal tahun hadapan tahun 2010. Semoga GTS terus maju dan sukses. Selamat Tahun Baru Hijrah dan Tahun Baru 2010. Kuatkan azam, tanamkan tekad dan pasti kejayaan akan menjadi milik kita Insyaallah. Berhijrahlah ke arah hidup dan masa depan yang lebih gemilang. Selamat Tahun Baru.



Dari meja,
MD.

Wednesday, December 02, 2009

RE: Thousand English Camp SK Paloh Pintu Geng

Makluman

Kepada semua fasilitator GTS dan fasilitator jemputan bagi Thousand English Camp SK Paloh Pintu Geng yang diadakan pada Mei yang lalu, pihak pengurusan GTS telah menerima maklumbalas dari pihak sekolah bahawa semua pelajar UPSR sekolah itu telah lulus dalam Bahasa Inggeris bagi peperiksaan UPSR.

Di harap kepada semua fasilitator yang telah terlibat dapat mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar sekolah tersebut dan peserta-peserta kumpulan yang di bawah kelolaan masing-masing khususnya.

Harap maklum,
MD.

Thursday, November 12, 2009

Makluman Penting (Pembetulan 19/11/09)

Kepada semua peserta Akademi Fasilitator yang masih belum mendapat sijil penyertaan, pihak pengurusan akan menghantar sijil anda selewat-lewatnya sebelum Januari 2010. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab jika sijil tersebut tidak sampai kepada pihak anda disebabkan oleh alamat yang salah atau tidak lengkap. Oleh itu, pihak pengurusan berharap agar pihak anda dapat mengemaskini data peribadi anda dengan pihak pengurusan.

Pada Januari 2010 pihak pengurusan akan mengadakan AGM baru bagi tahun 2010. Surat jemputan akan dihantar kepada anda melalui perkhidmatan pos. Jika anda tidak dapat menghadirkan diri, sila ajukan surat tunjuk sebab secara bertulis ketidakhadiran anda selewat-lewatnya 2 minggu dari tarikh AGM. Jika tidak, pihak pengurusan tidak teragak-agak untuk menggugurkan nama anda dari senarai Fasilitator GTS dan anda akan kehilangan status anda sebagai fasilitator rasmi GTS.

Harap maklum,
Pengurusan.

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga GTS dan bakal menjadi warga GTS. Di kesempatan ini selaku MD GTS ingin memohon kemaafan jika ada salah dan silap terkasar bahasa atau perlakuan selama kita berprogram dari Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Perak sehinggalah ke Kelantan. Semoga apa yang baik itu datang dari Yang Maha Esa dan yang buruk itu adalah kelemahan diri sendiri dan diharapkan Hari Raya tahun ini adalah Hari Raya yang lebih bererti dan bermakna dari tahun-tahun yang sudah. Kepada warga GTS, jemputlah datang ke rumah untuk berhari raya.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin. Semoga kita bertemu di program-program yang akan datang.

Terima Kasih.

Dari meja,

MD.

Monday, July 27, 2009

PENGUMUMAN

Perhatian kepada semua peserta Akademi Fasilitator Tahap 1 Edisi 10 (UITM) yang akan di adakan pada 31 Julai - 2 Ogos ini, penukaran lokasi kem dari Kolej Kenanga UiTM ke Bukit Cerakah, Shah Alam.

Sebarang masalah atau pertanyaan sila berhubung dengan Saudara Ayie.

Harap Maklum.

MD.

Monday, July 06, 2009

Next New Program And Event

Coming on July, August, October, November And December 2009.

1. Thousand Motivation Camp Road To SPM 2009 (Perak): 17 - 19 July 2009.

2. Akademi Fasilitator Tahap 1 Edisi 8 (Perak) : 17 - 19 July 2009.

3. Kem Jati Diri & Rekreasi Fakulti Sains Gunaan (FSG) UiTM Shah Alam : 24 - 26 July 2009.

4. Thousand Recreation Camp 1st (Open) : 24 - 26 July 2009.

5. Thousand Motivation Camp Road To SPM 2009 (UiTM): 31 July - 2 August 2009.

6. Akademi Fasilitator Tahap 1 Edisi 10 (UiTM) : 31 July - 2 August 2009.

7. Kem Motivasi & Bina Insan PMR & SPM Sek Men Keb Tasek Damai, Ipoh, Perak : 7 - 9August 2009.

8. Akademi Fasilitator Tahap 1 Special Edition (Kelantan) : 13 - 15 August 2009.

9. Pertandingan Futsal GTS 1st (Open): 3 - 4 October 2009.

10. Pertandingan Dikir Barat Piala GTS 1st (Open) : October 2009.

11. GTS Summer Camp 1st (Perak) : November 2009.

12. GTS Summer Camp 2nd (Klang Valley) : December 2009.


From Table Of Director,
MD.

Akademi Fasilitator Tahap 1 Edisi 9 (Kelantan) - D'Muara Chalet, Bachok, Kelantan.




Wednesday, July 01, 2009

AKADEMI FASILITATOR TAHAP 1 EDISI KE-9 (KELANTAN)

AKADEMI FASILITATOR TAHAP 1 EDISI KE-9 (KELANTAN)
Tarikh :- 2 Hingga 4 Julai 2009
Tempat :- D'Muara Chalet, Bachok, Kelantan
Bayaran :- RM 130

Sesiapa yang berminat sila hubungi kami atau emailkan kepada kami
Penyertaan awal akan mendapat hadiah misteri.
Kepada sesiapa yang mengajak 10 org kawan yang lain akan diberi percuma untuk mengikuti edisi ini. Hanya Khas Untuk Edisi Ini Sahaja!!!!
Jangan Lepaskan Peluang ini....

Sila hubungi kami segera untuk pertanyaan :-

Alimul :-017 981 2521
Kausar :- 017 969 5650
Hazwadi :- 019 7656590

Thousand Motivation Camp - Road Tour Special Edition PERAK










Gambar Thousand English Camp 2009

Diantara aktiviti-aktiviti semasa English Camp di Sek.Keb Paloh Pintu Geng.










Tuesday, June 23, 2009

Akademi Fasilitator Tahap 1 Edisi 7 (Ipoh)














Kepada peserta Akademi Fasilitator Tahap 1 Edisi 7 pada 30 Mei - 1 Julai yang lalu, nantikan gambar-gambar semasa akademi.


Dari meja,
MD.

Thousand English Camp - Sek Keb Paloh Pintu Geng

Kepada yang menantikan gambar-gambar Thousand English Camp - Sek Keb Paloh Pintu Geng pada 28-30 Mei yang lalu, nantikan gambar-gambar untuk Thousand English Camp ini.


Dari meja,
MD.

Thousand Motivation Camp – Road Tour Special Edition (Perak) 2009

Lokasi : Pusat Perkhelahan Sg. Ulu Chepor
Tarikh : 26 - 28 Julai 2009

Thousand Motivation Camp – Road Tour Special Edition (Perak) 2009 adalah satu program motivasi untuk pelajar dari asrama anak yatim dan pelajar-pelajar dari golongan kurang berkemampuan sekitar negeri Perak yang akan menghadapi peperiksaan SPM tahun ini. Penganjuran kem ini adalah bertujuan memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk mengikuti program motivasi anjuran syarikat Grand Thousand Solution. Berkat dari usaha yang dilakukan oleh Manager Cawangan Perak, penganjuran program ini telah mendapat bantuan kewangan daripada Tenaga Nasional Berhad cawangan Ipoh, Bank Rakyat dan beberapa syarikat swasta serta dari beberapa individu yang bermurah hati memberikan sumbangan ikhlas bagi menjayakan kem ini. Mewakili pihak peserta, pihak pengurusan syarikat GTS mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah memberi sumbangan ikhlas dan akan menjayakan kem ini nanti. Semoga Allah sahaja akan dapat membalas jasa semua. Kepada semua fasilitator terlibat yang diketuai oleh saudara Haikal, semoga berjaya.


Dari meja,
Managing Director (MD).

Thursday, June 18, 2009

AKADEMI FASILITATOR TAHAP 1 EDISI KE-9 (KELANTAN)

Tarikh :- 2 Hingga 4 Julai 2009
Tempat :- D'Muara Chalet, Bachok, Kelantan
Bayaran :- RM 130

Sesiapa yang berminat sila hubungi kami atau emailkan kepada kami
Penyertaan awal akan mendapat hadiah misteri.
Kepada sesiapa yang mengajak 10 org kawan yang lain akan diberi percuma untuk mengikuti edisi ini. Hanya Khas Untuk Edisi Ini Sahaja!!!!
Jangan Lepaskan Peluang ini....

Sila hubungi kami segera untuk pertanyaan :-

Alimul :-017 981 2521
Kausar :- 017 969 5650
Hazwadi :- 019 7656590

Tuesday, May 12, 2009

Akademi Fasilitator Tahap 2 (UKM)

Perhatian kepada semua Fasilitator GTS Tahap 1, anda dijemput untuk menghadiri Akademi Fasilitator Tahap 2 (UKM) Bahagian 1 yang akan diadakan seperti yang di bawah :-

Lokasi : Kolej Aminuddin Baki, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Tarikh : 15 hingga 17 Mei 2009

Bayaran : RM 70 sahaja.

Sila hubungi: En Ayie (017-9812521)

Thursday, May 07, 2009

Annual General Meeting (AGM) 001






Perhatian kepada semua fasilitator GTS, Annual General Meeting (AGM) yang pertama akan diadakan seperti di bawah :-

Lokasi : Kolej Aminuddin Baki, UKM, Bangi.

Tarikh : 10 Mei 2009.

Masa : 10 pagi.

Agenda : 1- General meeting
2- Penyampaian sijil.

Kehadiran adalah WAJIB. Sila maklumkan kehadiran anda kepada Event Executive GTS yang baru iaitu Cik Aida di talian 017-2181559 selewat-lewatnya Jumaat 8 Mei 2009. Sila hantar surat tunjuk sebab jika tidak dapat hadir selewat-lewatnya 7 hari selepas AGM.

Akademi Fasilitator Tahap 1 Edisi 8 (UKM)

Jelajah Akademi Fasilitator yang seterusnya.

Lokasi : Kolej Aminuddin Baki, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Tarikh : 15 hingga 17 Mei 2009

Bayaran : RM 100 sahaja.

Berminat? Sila hubungi 017-2181559/013-2021952 (Aida)

Terhad kepada 30 orang peserta sahaja!!

Akademi Fasilitator Tahap 1 Edisi 7 (Perak)

Jelajah Akademi Fasilitator Yang Seterusnya

Lokasi : Pusat Perkhelahan Ulu Sg. Chepor, Chepor, Perak.

Tarikh : 30 hingga 1 Jun 2009.

Bayaran : RM 80 Sahaja.

Berminat? Sila hubungi 019-5733239 (Siti)

Orang-orang Perak jangan lepaskan peluang ini. Mungkin ini adalah Akademi Fasilitator yang terakhir untuk tahun ini yang akan diadakan di Perak!!

Monday, April 27, 2009

Akademi Fasilitator Tahap 1 Edisi 6 (Perak). Sesi Nikah, Kawin dan Cerai. Nape ek asyik Nikah, Kawin dan Cerai kat dalam air. Seronok ke? Sebab sejuk kot..sebab tu suka buat dalam air. Sape yea pasangan bahagia kita?hehe..
Akademi Fasilitator Tahap 1 Edisi 6 (Perak). Sesi Asas-asas Fasilitator oleh Pengarah Program.
Akademi Fasilitator Tahap 1 Edisi 6 (Perak). Pertama kali sesi Asas-asas Fasilitator dilakukan di dalam air. Sampai ada yang demam ah..isk2..lemah semangat tul..lain kali buat sesi Asas-asas Fasilitator ni semasa jungle treking, baru mencabar...ada bran peserta Perak?
Akademi Fasilitator Tahap 1 Edisi 6 (Perak). Seperti biasa, Fasilitator Ayie, arahkan peserta lakukan aktiviti Rantaian Kasih. Cepat betul peserta akademi kali ni selesaikan..boleh tahan..

Akademi Fasilitator Tahap 1 Edisi 6 (Perak). Di dalam sesi Lakonan dalam Lakonan. Arifah, tengah berlakon ke..atau tengah nak bersilat..
Akademi Fasilitator Tahap 1 Edisi 6 (Perak). Sesi CEO. Boleh ke Mat Kim jadi CEO tuh..
Akademi Fasilitator Tahap 1 Edisi 6 (Perak). Di dalam Sesi Kementerian Kemajuan Luar Wilayah. Bandar Idaman kumpulan MrZink. Bandar kat Planet Marikh tuh..jangan main-main..cayalah kumpulan Mr.Zink..
Akademi Fasilitator Tahap 1 Edisi 6 (Perak). Lagi Sesi Kementerian Kemajuan Luar Wilayah oleh kumpulan Adikka. Tu bukan macam lukisan plan. Tu macam lukisan 3D..Boleh tahan kumpulan Adikka ni. Jangan terus buat model bangunan terus dah..kalah peserta-peserta AF yang lain..Jangan mare yea..Fasi-fasi lain..
Akademi Fasilitator Tahap 1 Edisi 6 (Perak). Sesi taklimat awal oleh Pengarah Program.

Akademi Fasilitator Tahap 1 Edisi 6 (Perak). Peserta dan fasilitator tengah mendirikan khemah. Kem AFT1 yang paling selesa. Berkhemah dengan senang hati tanpa menyedari cuaca hujan atau tidak...Seronok betul..bertuah peserta-peserta AFT1E6...
Akademi Fasilitator Tahap 1 Edisi 6 (Perak). Sedapnya tomyam tuh..Kak Siti ni tengah masak ke atau tengah nak makan ni..hehe..jgn mare..
Akademi Fasilitator Tahap 1 Edisi 6 (Perak). Perempuan makan dulu yea..Orang lelaki kena layan kami..mungkin itu yang dikatakan oleh Zulaika dan Zurika kepada Mat Ron dan Mat Nor. Bukan main mesra lagi yea..