Thursday, November 12, 2009

Makluman Penting (Pembetulan 19/11/09)

Kepada semua peserta Akademi Fasilitator yang masih belum mendapat sijil penyertaan, pihak pengurusan akan menghantar sijil anda selewat-lewatnya sebelum Januari 2010. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab jika sijil tersebut tidak sampai kepada pihak anda disebabkan oleh alamat yang salah atau tidak lengkap. Oleh itu, pihak pengurusan berharap agar pihak anda dapat mengemaskini data peribadi anda dengan pihak pengurusan.

Pada Januari 2010 pihak pengurusan akan mengadakan AGM baru bagi tahun 2010. Surat jemputan akan dihantar kepada anda melalui perkhidmatan pos. Jika anda tidak dapat menghadirkan diri, sila ajukan surat tunjuk sebab secara bertulis ketidakhadiran anda selewat-lewatnya 2 minggu dari tarikh AGM. Jika tidak, pihak pengurusan tidak teragak-agak untuk menggugurkan nama anda dari senarai Fasilitator GTS dan anda akan kehilangan status anda sebagai fasilitator rasmi GTS.

Harap maklum,
Pengurusan.