Tuesday, June 23, 2009

Thousand Motivation Camp – Road Tour Special Edition (Perak) 2009

Lokasi : Pusat Perkhelahan Sg. Ulu Chepor
Tarikh : 26 - 28 Julai 2009

Thousand Motivation Camp – Road Tour Special Edition (Perak) 2009 adalah satu program motivasi untuk pelajar dari asrama anak yatim dan pelajar-pelajar dari golongan kurang berkemampuan sekitar negeri Perak yang akan menghadapi peperiksaan SPM tahun ini. Penganjuran kem ini adalah bertujuan memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk mengikuti program motivasi anjuran syarikat Grand Thousand Solution. Berkat dari usaha yang dilakukan oleh Manager Cawangan Perak, penganjuran program ini telah mendapat bantuan kewangan daripada Tenaga Nasional Berhad cawangan Ipoh, Bank Rakyat dan beberapa syarikat swasta serta dari beberapa individu yang bermurah hati memberikan sumbangan ikhlas bagi menjayakan kem ini. Mewakili pihak peserta, pihak pengurusan syarikat GTS mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang telah memberi sumbangan ikhlas dan akan menjayakan kem ini nanti. Semoga Allah sahaja akan dapat membalas jasa semua. Kepada semua fasilitator terlibat yang diketuai oleh saudara Haikal, semoga berjaya.


Dari meja,
Managing Director (MD).

No comments:

Post a Comment