Wednesday, February 04, 2009

Akademi Fasilitator Tahap 1 Edisi Ke-3

Akademi Faslitator Tahap 1 Edisi ke-3
Ruj Kami :- GTS/S/107
Tarikh :- 23/01/2009
Kepada yang berkenaan,
PER: TAWARAN MENYERTAI AKADEMI FASILITATOR TAHAP 1
Saya seperti perkara di atas ingin menawarkan dan mempelawa saudara/saudari untuk menyertai Akademi Fasilitator Tahap 1 Edisi ke-3 pada 20-22 Febuari 2009 bertempat di Kem Rekreasi Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor dengan bayaran sebanyak RM 150 termasuk pangangkutan, makanan dan penginapan.
2. Untuk pengetahuan pihak saudari/saudari, syarikat Grand Thousand Solution menganjurkan akademi ini adalah bertujuan untuk melatih dan memberi pendedahan tentang aspek-aspek serta ciri-ciri untuk menjadi seorang fasilitator yang baik dan berkesan. Oleh itu, penganjuran akademi ini secara tidak langsung membantu saudara/saudari menjadi seorang fasilitator yang berkesan. Ia sesuai untuk mereka yang belum pernah atau baru ingin menceburi dunia fasilitator.
3. Selain itu, penyertaan saudari/saudari dalam akademi ini akan melayakkan saudara/saudari menjadi fasilitator rasmi syarikat Grand Thousand Solution tanpa sebarang sesi temuduga atau ujian. Di mana, syarikat ini adalah sebuah syarikat Pengurusan Majlis (Event Management) yang menjadikan program-program yang berbentuk motivasi sebagai salah satu cabang utama aktiviti syarikat. Oleh itu, syarikat amat mengalu-alukan sesiapa yang layak dan berminat untuk menyertai syarikat kami sebagai fasilitator.
4. Di samping itu, pihak syarikat akan membayar saudara/saudari sehingga RM 150 sehari setiap kali menjadi fasilitator untuk program anjuran syarikat. Jumlah bayaran yang tepat akan ditentukan oleh pihak syarikat mengikut kemahiran dan kemampuan menjadi fasilitator.
5. Di sini saya sertakan borang penyertaan untuk diisi oleh saudara/saudari untuk membolehkan pihak syarikat memproses penyertaan anda. Akhir kata, semoga kita bertemu di Kem Rekreasi Sungai Congkak.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Mohd Fazna Hisyam b. Mohd Fauzi
Pengarah Urusan.
Untuk keterangan lanjut dan pendaftaran sila hubungi
En Fazna Hisyam - 019-9631633
grandthousandsolution@yahoo.com.my
En Hazwadi - 019-7656590

No comments:

Post a Comment