Sunday, April 12, 2015

BENGKEL PENGURUSAN MAJLIS & FASILITATOR

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Masanya telah tiba. Buat julung-julung kalinya di Malaysia GRAND THOUSAND SOLUTION menganjurkan satu Bengkel yang esklusif dan pastinya akan membantu anda merealisasikan impian anda untuk menjadi seorang PENGURUS ACARA dan juga FASILITATOR yang profesional. Dan kami akan menyediakan latihan dan praktikal selepas sesi bengkel.



=================================================
BENGKEL PENGURUSAN MAJLIS DAN FASILITATOR
=================================================

PELUANG UNTUK MEMBINA KERJAYA SEBAGAI PENGURUS ACARA DAN
FASILITATOR!!

  • TEKNIK ASAS
  • PENGENDALIAN KEMAHIRAN
  • PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
  • LATIHAN DAN PRAKTIKAL

DISAMPAIKAN OLEH :-

FAUZAN KAMARI
HISYAM FAUZI

LOKASI :
DEWAN SEMINAR,MENARA HIDAYAH,SEKSYEN 1,WANGSA MAJU,KL
(BERTENTANGAN AEON JUSCO ALPHA ANGLE WANGSA MAJU)

TARIKH :
05 APRIL 2015
19 APRIL 2015

WAKTU : 9:00 PAGI - 6:00 PETANG

PENYERTAAN TERHAD

YURAN : RM149 SAHAJA!!


BERMINAT UNTUK MENDAFTAR? SILA HUBUNGI :-

011-2882 4392
012-2565 122

=================================================

KEJOHANAN FUTSAL PIALA MR. GTS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

GRAND THOUSAND SOLUTION dengan bangganya menganjurkan KEJOHANAN FUTSAL PIALA MR. GTS. Kami mengalu-alukan penyertaan anda.



=================================================
KEJOHANAN FUTSAL PIALA MR GTS
=================================================

LOKASI : KSL SPORT CENTER
JALAN GENTING KLANG,SETAPAK

TARIKH :-

SARINGAN 1: 09/04/15
SARINGAN 2: 16/04/15
SARINGAN 3: 23/04/15
SARINGAN 4: 30/04/15

MASA : 8:00 MLM - 12:00 MLM

HADIAH :-

TEMPAT PERTAMA : RM2000
TEMPAT KEDUA : RM1000
TEMPAT KETIGA : RM 500
TEMPAT KEEMPAT : RM 250

YURAN PENYERTAAN :
RM230

ANJURAN : GRAND THOUSAND SOLUTION

BERMINAT,UNTUK MENDAFTAR SILA HUBUNGI :-

011-2882 4392
012-2565 122

=================================================


Sunday, March 16, 2014

Susulan UjiBakat Seni Pencarian Bakat Baru Terbuka Di Perpustakaan Negara Malaysia, Jalan Tun Razak


Salam Sejahtera. Alhamdulillah, Sesi UjiBakat Seni telah melabuhkan tirai dengan jayanya. Saya, selaku wakil Grand Thousand Solution mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada kawan2 yang telah menghadiri ujibakat kami. Nantikan susulan dari kami, Ya!! :)

Bagi yang ingin mengikuti perkembangan kami atau untuk update terbaru, sila add kami di facebook kami,

www.facebook.com/grandthousandsolution

Tuesday, March 11, 2014

Anda berbakat ?? - Pencarian Bakat Baru (Terbuka)




====================================
ANDA BERBAKAT ?? - PENCARIAN BAKAT BARU (TERBUKA)
====================================
Apa kata anda hadir dan buktikan bahawa anda memang mempunyai BAKAT TERPENDAM dalam bidang seni..

Penampilan Istimewa, Dato' Zamshuri Ramli akan hadir sbg JURI jemputan utk program ini
===================================================
Tarikh: 15 Mac 2014 (Sabtu)
Lokasi: Bilik Serbaguna, Aras 1, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Masa: 2pm - 5pm
Umur Peserta: 12 tahun keatas
===================================================

Apa Yang Ditunggu Lagi, Hubungi Kami Sekarang!!


Bahagian Pengurusan,
Grand Thousand Solution (GTS)
012-2565 122

Saturday, January 11, 2014

Pendaftaran Ahli Baru Untuk i.Kelab Teater & Kesenian GTS

 i.Kelab Teater & Kesenian GTS


Salam dan Selamat Sejahtera semua. i.Kelab Teater & Kesenian GTS sedang membuka keahlian baru. Ianya terhad kepada 50 orang ahli sahaja. Latihan dan perjumpaan akan berpusat di Perpustakaan Negara Malaysia, Jalan Tun Razak, KL. Daftar sekarang sebelum pendaftaran ditutup. Terima kasih. 

Sila Hubungi 
En Syam : 012 256 5122
En Feiruz : 012 231 6840

1. Kelab ini bertujuan untuk memberi peluang kepada sesiapa sahaja remaja & ke atas yang berminat menceburi bidang teater.

2. Tiada pengalaman diperlukan. Latihan akan diberikan.

3. Membina keyakinan dan keberanian untuk membuat persembahan di depan penonton secara langsung.

4. Yuran keahlian serendah RM50 seumur hidup.

5. Melahirkan generasi pelapis untuk seni, teater dan persembahan.

6. Dapat menambah pendapatan disamping membina kerjaya.

7. Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.

8. Kami juga mempunyai hubungan dengan beberapa agensi kebudayaan & kesenian, dan syarikat produksi untuk berkolaborasi dalam menganjur persembahan.

Wednesday, May 16, 2012

KEM SAINS, ASTRONOMI & MOTIVASI UPSR GTS 01/2012

KEM SAINS, ASTRONOMI & MOTIVASI UPSR GTS 01/2012

JOM DAFTAR SEKARANG!!!!

Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan peserta melihat sains dari sudut yang mudah. Pendekatan kem ini lebih kepada pembelajaran dalam kumpulan dan setiap eksperimen dijalankan secara praktikal dan menyeronokkan. Pelajar juga dapat merasai pengalaman yang tersendiri untuk menerokai alam sains dan astronomi.

Tarikh : 25 - 27 Mei 2012
Tempat : Masjid Al Hasanah Bandar Baru Bangi.

DAFTAR SEKARANG!!!
PENYERTAAN MASIH TERBUKA.

Encik Feiruz : 012 - 231 6840

Encik Hisyam : 012 - 256 5122

Puan Syahidah : 017 - 923 170o

Borang Penyertaan 
 
Tentatif Program

Facebook Kami

http://www.facebook.com/grandthousandsolution 

 


Thursday, May 10, 2012

Pertandingan 'Sand Art' dan Mewarna GTS 06 & 07/2012

 

 Pertandingan 'Sand Art' dan Mewarna GTS 07&08/2012.

Jom ramai2 ke Pertandingan Sand Art Dan Mewarna Grand 1 GTS 07&08/2012 di Ruang Legar ST11, Flat Seri Tanjung Sesyen 7, Bandar Baru Bangi...

Daftar sekarang bagi merebut hadiah wang tunai di Peringkat Akhir nanti...

Wednesday, April 25, 2012

‘Grand Thousand English Camp UPSR 02/2012’

 

Thousand English Camp kembali lagi!! (penyertaan terhad).

Grand Thousand Solution kini menawarkan kembali kem bagi adik-adik yang bakal menduduki UPSR, terutamanya yang lemah dalam Bahasa Inggeris. Sesiapa yang berminat, atau mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi :-

012 - 231 6840   EN FEIRUZ

012 - 256 5122   EN HISYAM

'Grand Thousand English Camp UPSR 02/2012’ akan diadakan di Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi. Kem ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah tahun 5 & tahun 6. Jadi apa tunggu lagi..daftarlah segera.

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI!!

TEMPAT TERHAD!!!

YURAN HANYA RM 195 SAHAJA UNTUK 3 HARI 2 MALAM

Email/Facebook/Blogspot :

grandthousandsolution@yahoo.com.my

http://www.facebook.com/grandthousandsolution

Tuesday, December 13, 2011

ASAL USUL COKLAT

Sejarah Asal Usul Coklat

Buah Kakao

Buah Koko

Coklat atau Chocoatl yang bererti air pahit berasal dari buah pohon koko, pohon koko sendiri hanya dapat hidup di daerah tropis yang cukup sinar matahari dan suhu yang tepat. Coklat sendiri berasal dari Amerika Latin sejak 1000 tahun sebelum Masihi. Coklat yang berasal dari Amerika Latin berupa minuman yang dicampur dengan rempah-rempah, seperti kayu manis, vanila ataupun bubuk cabai.

Selanjutnya pada abad ke 15 bangsa Eropah membawa coklat ke Eropah. Tetapi rempah-rempah yang diolah bersama dengan coklat digantikan dengan susu dan gula. Coklat yang awalnya di Amerika Latin dijadikan sebagai minuman, mulai dikembangkan menjadi coklat batangan di Eropa, hal ini dimungkinkan dengan bantuan suhu Eropah yang digin dan campuran lemak dan gula dalam coklat.

Coklat Batangan

Coklat Batangan

Saat ini coklat sudah menyebar dalam bentuk berbagai makanan di seluruh dunia, walaupun kadar kakao dalam coklat yang beredar saaat ini sudah sangat berkurang. Padahal kadar kakao yang dianjurkan untuk kesehatan adalah minimal 20% dalam setiap produk coklat.

Liquid Chocolate

Liquid Chocolate

Friday, December 09, 2011

PENGHULU SEGALA HARI


JUMAAT penghulu segala hari kerana kemuliaan dan kelebihannya. Malah, peristiwa agung banyak berlaku pada Jumaat.

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang ber maksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat. Pada hari itu terdapat suatu masa seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Melalui penerangan itu jelas sekali Jumaat bukan sebarang hari, malah begitu dimuliakan dan sewajarnya ia turut dimuliakan umat Islam.

Solat Jumaat dua rekaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, ter masuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus men dengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi. Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni ber salah.”

Sebelum menunaikan solat Jumaat, dianjurkan mandi ter lebih dulu sebagaimana hadis daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda, maksudnya: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq `alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi, tetapi mandi itu lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Tirmidzi).

Tuesday, November 29, 2011

bagaimana hujan terbentuk???

P



para saintis yang mengkaji jenis-jenis awan menemui keputusan yang amat mengejutkan berkenaan dengan formasi gumpalan awan hujan. Gumpalan-gumpalan awan terbentuk berdasarkan kepada susunan dan peringakat yang amat jelas. Peringkat pembentukan awan Kumulonimbus, satu jenis dari awan seperti berikut

1) Digerakkan dengan tiupan angin: gumpalan awan yang bergerak bersama iaitu digerakkan dengan tiupan angin.

2) Berkumpul- kemudiannya, awan-awan yang kecil (awan kumulus) yang digerakkan oleh angin berkumpul bersama, membentuk gumpalan yang lebih besar. 9

3) Melonggok- apabila awan-awan kecil telah berkumpul, rangka dalam lingkungan awan yang lebih besar bertambah. Rangka yang berada dekat dengan pusat awan adalah lebih kukuh berbanding yang berada di tepi rangka-rangka ini menyebabkan awan berkembang secara menegak, dan menyebabkan gumpalan awan berlonggok-longok. Perkembangan menegak ini menyebabkn jasad awak menganjur dalam ke bahagian yang lebih sejuk di dalam atmosfera. Di mana titisan air dan awan membentuk dan mula mengembang dengan lebih besar lagi. Apabila titisan air dan ais ini menjadi lebih berat sehingga gagal untuk ditampung oleh rangka di mana mereka terletak akhirnya mereka akan gugur dari gumpalan awan sebagai hujan, ais dan lain-lain. 10

Suatu yang harus diingat bahawa pakar meteorologi hanya mengetahui maklumat terperinci pembentukan hujan, struktur dan fungsinya hanya di akhir-akhir ini dan melalui peralatan canggih seperti kapal terbang, satelit, computer dan lain-lain. Ianya adalah bukti bahawa Tuhan telah memberikan kita cebisan maklumat yang tidak diketahui 1400 tahun dahulu.