Monday, February 16, 2009

Di antara aktiviti-aktiviti di dalam Mini Explorace (Menuju Puncak - Akademi Fantasia). Hai, katak pun boleh berdiri yea sambil pegang-pegang bahu lagi..
Di antara aktiviti-aktiviti di dalam Mini Explorace (Menuju Puncak - Akademi Fantasia). Seronok juga kalau dapat cerai, rujuk dan kawin dalam air.

Di antara aktiviti-aktiviti di dalam Mini Explorace (Menuju Puncak - Akademi Fantasia).

Di antara aktiviti-aktiviti di dalam Mini Explorace (Menuju Puncak - Akademi Fantasia).
Wah..mesranya mereka!! Di antara aktiviti-aktiviti di dalam Mini Explorace (Menuju Puncak - Akademi Fantasia).
Di antara aktiviti-aktiviti Mini Explorace (Menuju Puncak - Akademi Fantasia).

Sunday, February 15, 2009

Aktiviti Biz World Akademi Fasilitator Tahap 1 Edisi 2 di Sungai Congak, Hulu langat.

Aktiviti CEO.
Aktiviti senaman pagi Akademi Fasilitator Tahap 1 Edisi 2 di Sg. Congkak, Hulu Langat.
Dan Edisi 1 di Ulu Bendul, N9.
Sedapnya!! Aktiviti makan Akademi Fasilitator Tahap 1 Edisi 1 di Ulu Bendul.
Aktiviti Kotak Beracun Akademi Fasilitator Tahap 1 Edisi 2.

Di antara aktiviti-aktiviti Akademi Fasilitator yang lepas.

Aktiviti-aktiviti semasa Kementerian Pembangunan Luar Wilayah di Akademi Fasilitator Tahap 1 Edisi 2.

Saturday, February 14, 2009

Tangguh Akademi Fasilitator Tahap 1 Edisi Ke-3

Tarikh Baru Program :- 20 hingga 22 Febuari 2009

AKADEMI FASILITATOR TAHAP 1 EDISI KE-3
20-22 FEBUARI 2009
KEM REKREASI SUNGAI CONGKAK, HULU LANGAT, SELANGOR.


TENTATIF

HARI PERTAMA

4.30 ptg - Berkumpul di Stesen Komuter UKM.
5.00 ptg - Bertolak ke Sungai Congkak.
5.45 ptg - Di jangka tiba ke tapak perkhemahan & Solat Asar.
6.00 ptg - Taklimat, pembahagian dan mendirikan khemah.
7.00 mlm - Makan malam, Solat Maghrib, Kuliah Maghrib dan Solat Isyak.
8.30 mlm - Taklimat, Aktiviti 1 - Ais Breaking dalam kumpulan besar (Jabatan Kebajikan Masyarakat)
9.15 mlm - Aktiviti 2 - Ais Breaking dalam kumpulan LDK (Nujum Pak Belalang)
10.00 mlm - Minum malam.
10.00 mlm - Aktiviti 3 (Kementerian Kemajuan Luar Wilayah)
11.15 mlm - Masa beradu.


HARI KEDUA

6.00 pg - Bangun dan solat Subuh dan kuliah Subuh.
6.45 pg - Senaman pagi (Pepsi Cola).
7.15 pg - Sarapan pagi.
8.00 pg - Aktiviti 4 (Karangkraf Sdn Bhd).
9.30 pg - Aktiviti 5 (Asas-asas Fasilitator – AC Disini).
10.00 pg - Minum pagi.
10.15 pg - Sambungan Aktiviti 5.
11.15 pg - Aktiviti 6 (MHI).
12.30 t/hari - Makan tengahari dan solat Zohor.
1.45 ptg - Sambungan Aktiviti 6.
2.45 ptg - Aktiviti 7 (Biz World).
4.45 ptg - Minum petang dan solat Asar.
5.15 ptg - Riadah (Kem Remaja).
6.45 ptg - Makan malam, solat Maghrib, kuliah Maghrib dan solat Isyak.
8.45 mlm - Aktiviti 8 (Kementerian Pembangunan Wanita Dan Hal Ehwal Keluarga).
11.00 mlm - Minum malam.
11.15 mlm - Masa beradu.







HARI KETIGA

6.00 pg - Bangun dan solat Subuh dan kuliah Subuh.
6.45 pg - Sarapan pagi.
7.00 pg - Aktiviti 9 (Outdoor) ‘Mini Explorace – (Menuju Puncak – Akademi Fantasia).
9.30 pg - Pembedahan Aktiviti 9.
10.00 pg - Minum pagi dan kemas barang.
11.00 pg - Aktiviti 10 (Penutup LDK).
12.30 t/hari - Makan tengahari dan solat Zohor.
1.15 ptg - Aktiviti 11 (Penutup Modul).
1.45 ptg - Taklimat majlis penutup.
2.00 ptg - Majlis Perasmian Penutup.
2.45 ptg - Bertolak pulang.




KELENGKAPAN YANG WAJIB DIBAWA

1) Pakaian kasual.
2) Pakaian sukan.
3) Pakaian solat.
4) Lampu suluh.
5) Kelengkapan peribadi.
6) Kasut kasual.
7) Kasut sukan.
8) Alat tulis.
9) Ubat-ubatan peribadi jika perlu.

Wednesday, February 04, 2009

Akademi Fasilitator Tahap 1 Edisi Ke-3

Akademi Faslitator Tahap 1 Edisi ke-3
Ruj Kami :- GTS/S/107
Tarikh :- 23/01/2009
Kepada yang berkenaan,
PER: TAWARAN MENYERTAI AKADEMI FASILITATOR TAHAP 1
Saya seperti perkara di atas ingin menawarkan dan mempelawa saudara/saudari untuk menyertai Akademi Fasilitator Tahap 1 Edisi ke-3 pada 20-22 Febuari 2009 bertempat di Kem Rekreasi Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor dengan bayaran sebanyak RM 150 termasuk pangangkutan, makanan dan penginapan.
2. Untuk pengetahuan pihak saudari/saudari, syarikat Grand Thousand Solution menganjurkan akademi ini adalah bertujuan untuk melatih dan memberi pendedahan tentang aspek-aspek serta ciri-ciri untuk menjadi seorang fasilitator yang baik dan berkesan. Oleh itu, penganjuran akademi ini secara tidak langsung membantu saudara/saudari menjadi seorang fasilitator yang berkesan. Ia sesuai untuk mereka yang belum pernah atau baru ingin menceburi dunia fasilitator.
3. Selain itu, penyertaan saudari/saudari dalam akademi ini akan melayakkan saudara/saudari menjadi fasilitator rasmi syarikat Grand Thousand Solution tanpa sebarang sesi temuduga atau ujian. Di mana, syarikat ini adalah sebuah syarikat Pengurusan Majlis (Event Management) yang menjadikan program-program yang berbentuk motivasi sebagai salah satu cabang utama aktiviti syarikat. Oleh itu, syarikat amat mengalu-alukan sesiapa yang layak dan berminat untuk menyertai syarikat kami sebagai fasilitator.
4. Di samping itu, pihak syarikat akan membayar saudara/saudari sehingga RM 150 sehari setiap kali menjadi fasilitator untuk program anjuran syarikat. Jumlah bayaran yang tepat akan ditentukan oleh pihak syarikat mengikut kemahiran dan kemampuan menjadi fasilitator.
5. Di sini saya sertakan borang penyertaan untuk diisi oleh saudara/saudari untuk membolehkan pihak syarikat memproses penyertaan anda. Akhir kata, semoga kita bertemu di Kem Rekreasi Sungai Congkak.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Mohd Fazna Hisyam b. Mohd Fauzi
Pengarah Urusan.
Untuk keterangan lanjut dan pendaftaran sila hubungi
En Fazna Hisyam - 019-9631633
grandthousandsolution@yahoo.com.my
En Hazwadi - 019-7656590